‘Flash Mob’ Kempen Tabung Pahlawan 2017

SERAMAI 85 sukarelawan Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melakukan tarian ‘Flash Mob’ sempena Kempen Tabung Pahlawan 2017 di Pintu Utama, Pusat Membeli Belah Pavilion, Kuala Lumpur, hari ini.

Persembahan memukau serta adegan tarian menarik menambat hati orang ramai yang menyaksikan persembahan diadakan di lokasi itu yang juga tumpuan orang ramai dan pelancong luar.